CABARAN YANG DIHADAPI OLEH USHAWAN SEBELUM DAN SELEPAS MEMULAKAN PERNIAGAAN
SEBELUM MEMULAKAN PERNIAGAAN
Menjadi seorang usahawan bukanlah satu perkara yang mudah. Untuk menjadi seorang usahawanyang berjaya pelbagai dugaan dan rintangan yang perlu ditempuhi. Tiada kejayaan yang datang bergolek tanpa ada usaha untuk mendapatkannya. Hanya individu yang tabah dan cekal mampuuntuk bertahan di dalam dunia perniagaan yang penuh dengan cabaran ini. Tambahan pula dizaman perkembangan teknologi masa kini, produk dan perkhidmatan yang ditawarkan haruslahseiring dengan pemodenan agar dapat bersaing dengan pasaran luar disamping memenuhikeperluan dan kehendak pengguna yang pelbagai. Berikut adalah antara cabaran yang perluditempuh oleh setiap usahawan.
1.MEMASUKI PASARAN ANTARABANGSA
Menjalankan perniagaan diperingkat antarabangsa bukanlah sesuatu yang mudah. Terdapat pelbagai rintangan dan halangan yang perlu ditempuhi oleh usahawan. Rintangan danhalangan ini boleh dikategorikan kepada tiga keadaan iaitu halangan dalaman, perdagangandan antarabangsa.
a)Halangan Dalaman
Halangan dalaman adalah halangan yang wujud dalam diri usahawan itu sendiriatau dalam syarikat usahawan. Dalam (Armanurah, Habshah, Mohamad Yusop,Mohd Khairuddin, Norita dan Shuhymee, 2007), menurut (Zimmerer danScarborough, 2005), terdapat tiga halangan dalaman yang akan menjejaskan prosesuntuk mengembangkan perniagaan ke peringkat antarabangsa.
i.Sikap
Sikap tidak yakin dengan keupayaan dan kebolehan syarikat untuk bersaingdengan pesaing terkenal di luar negara sering membantutkan hasratusahawan untuk memperkenalkan produk atau perkhidmatannya di pasaranluar. Apabila wujud sikap tidak yakin, ia akan menyebabkan usahawan tidak berani mengambil risiko untuk mengembangkan perniagaannyawalaupun peluang untuk memasuki pasaran antarabangsa sedia wujud.
ii.Kekurangan maklumat
Ramai usahawan memasuki pasaran antarabangsa tanpa maklumat yangmencukupi terutama maklumat berkaitan dengan polisi, prosedur, sistem percukaian dan lain-lain maklumat yang berguna. Akibat dari kekuranganmaklumat ini, usahawan tidak memahami persekitaran perniagaan di negarayang dimasuki. Untuk mengatsi masalah ini, usahawan boleh mendapatkanmaklumat dari pejabat kedutaan negara tersebut atau cuba mencari rakanniaga di negara yang ingin dimasuki.
iii.Masalah ,kewangan
Kesukaran untuk mendapat pinjaman dari institusi tempatan atau luar negara sering menghantui usahawan tempatan. Masalah ini timbul mungkindisebabkan rekod kewangan lepas yang buruk seperti terlalu banyak hutang,rekod pembayaran yang tidak baik atau prestasi semasa perniagaan yangkurang memberangsangkan.
b)Halangan Perdagangan
Merujuk kepada pematuhan prosedur dan peraturan yang dikenakan oleh kerajaansesebuah negara yang ingin dimasuki. Akibat dari halangan yang dikenakan ini, koske atas produk dan perkhidmatan yang diimport atau dieksport menjadi semakintinggi. Tujuan halangan perdagangan ini dilaksanakan adalah untuk menjagakepentingan produk dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh usahawan tempatannegara terbabit. Tindakan kerajaan negara berkenaan adalah untuk menjagakepentingan dan bagi membolehkan usahawan di negara berkenaan dapat terus
bersaing dengan pesaing dari luar negara. Terdapat dua jenis halangan yang bolehdilakukan oleh kerajaan sesebuah negara iaitu halangan berbentuk tarif dan bukan tarif.
bersaing dengan pesaing dari luar negara. Terdapat dua jenis halangan yang bolehdilakukan oleh kerajaan sesebuah negara iaitu halangan berbentuk tarif dan bukan tarif.
SELEPAS MEMULAKAN PERNIAGAAN
Bukan sedikit cabaran yang perlu dihadapi, bermaca-macam dugaan perlu diharungioleh beliau untuk memulakan perniagaan. Daripada sekecil-kecil hinggalah sebesar-besarmasalah. Antara masalah yang dihadapi pada mula-mulanya adalah kekeurangan motivasidan pendorong. Memang nampak ringan faktor ini, tapi semangat hendak memulakanperniagaan dan bercerita tentang rancangan beliau kepada keluarganya jatuh bila tidak mendapat kepercayaan sepenuhnya dari keluarga.
Kekurangan pengalaman adalah antara faktor kebuntuan dalam memulakanperniagaan pada awal perdagangan dilakukan. Kebuntuan ini didorong oleh kekurangankekuatan dalam mengurus dan menjalankan perniagaan beliau. Memang tak dinafikankebanyakan peniaga akan mengalami masalah yang sama ini dalam memulakan perniagaan,tapi bila beliau sudah berjaya, kesusahan itu menjadi kemanisan akhirnya.
Sementara itu, terlalu banyak yang perlu dihadapi untuk meneruskan perniagaan iniseperti melayan kerenah pelanggan yang pelbagai. Sebagai contoh, beliau perlu peka denganperkembangan semasa dan kepelbagaian corak fesyen rambut kerana ramai pelangganmahukan sesuatu yang baru. Walaubagaimanapun, beliau juga kena kreatif dan tidak maluuntuk belajar kerana setiap hari banyak fesyen rambut muncul dan beliau harus mengejarpembaharuan itu. Namun, beliau juga berdepan dengan cabaran seperti pelanggan tidak yakinkemampuannya mengunting rambut yang memuaskan pada mereka.
Cabaran yang seterusnya adalah kesukaran untuk mencari pekerja yang benar-benar mahir. Menurutnya, agak sukar untuk mendapatkan pekerja yang berpengalamanbekerja di salon dan mempunyai pelbagai kemahiran seperti dandanan rambut dan solekan.Sebagai contoh, beliau memang tak menang tangan dalam memenuhi permintaan pelangganyang perlukan khidmat solekan serta rekaan rambut yang bersesuaian dengan imej pelangganpada musim perkahwinan.
No comments:
Post a Comment