English Songs

Saturday, 18 October 2014

Artikel- artikel mengenai BAJET 2014-Kesan Kepada Usahawan& Perniagaan Kecil Di Malaysia


Artikel Mengenai BAJET 2014

Kesan Kepada Usahawan & Perniagaan Kecil Di Malaysia


Sektor Sosial

1. Perlaksanaan Fasa Kedua Projek Jalur Lebar dan Penaik-tarafan Kelajuan Internet

Hasrat kerajaan melaksanakan fasa kedua projek jalur lebar kelajuan tinggi (HSBB) bertujuan meningkatkan lagi kelajuan internet di bandar-bandar utama. Projek ini mengkhususkan penduduk di kawasan bandar agar dapat menikmati kelajuan internet sehingga 10 megabits (Mbps) sesaat.

2. Pembinaan Kabel Dasar Laut

Pengumuman ini disambut gembira rakyat khususnya penduduk di Sabah dan Sarawak. Pelaksanaan projek ini bakal memenuhi keperluan kapasiti jalur lebar pengguna internet di Sabah dan Sarawak sekaligus bakal menamatkan kemarau ‘celik’ IT di kalangan penduduk di sana.
Pro: Pelaksanaan ini bakal mewujudkan generasi yang peka dengan perubahan teknologi semasa dalam dan di luar negara. Memberi manfaat untuk belajar ilmu-ilmu berfaedah dalam bidang perniagaan khususnya dan bidang-bidang lain amnya.
Peribahasa moden, “Teknologi di hujung jari” membantu menyebar luas info berkaitan perniagaan yang di jalankan dengan lebih mudah tanpa perlu memikirkan kos mencetak bunting, risalah dan mobiliti dalam proses mempromosi perniagaan.
Dengan peruntukan dan pelaksanaan projek jalur lebar ini, manfaatnya bukan sahaja di nikmati orang awam, para usahawan dan peniaga bakal melihat perubahan dan peningkatan positif pada graf ekonomi perniagaan yang di jalankan lantaran internet menjadi semakin mudah di akses.
Tidak keterlaluan di katakan hampir semua perniagaan hari ini megeksploitasi internet secara positif dan menyeluruh. Tidak diragui peranan internet dalam memasar dan mempromosi perniagaan amat penting.
Jaringan rakan perniagaan, pelanggan dan lokasi pembekal boleh lebih diperluas dengan adanya kemudahan internet di segenap ceruk kawasan di Malaysia.
Kontra: Sabotaj, masalah virus dan akaun di godam dan lain-lain masalah bersangkut paut dengan teknologi internet  adalah risiko yang perlu di hadapi kedua-dua pihak, peniaga dan pelanggan (orang awam).
Selain itu, kos baik pulih akaun yang di godam, di sabotaj mahupun yang mengalami masalah hakiki internet juga agak tinggi selain tempoh masa untuk baik pulih juga memain peranan.
Peniaga dan para usahawan lebih terkesan dalam situasi ini. Kemungkinan mereka akan hilang pengikut atau pelanggan setia kerana hilang kepercayaan dan akibat rasa tidak selamat.
Jenayah siber bukan perkara asing di negara-negara membangun. Semakin mudah orang ramai mengakses internet, keselamatan dan privasi perniagaan serta para usahawan juga menjadi semakin rapuh.

Sektor Pembangunan

Pembangunan Usahawan

1. Peruntukan Kepada Usahawan dan Bakal Usahawan

  • Pejabat Pembangunan Usahawan Nasional yang berfungsi sebagai perancang dan penyelaras aktiviti keusahawanan.
  • Peruntukan sebanyak RM50 juta kepada Pusat Inovasi dan Kreativiti  Global Malaysia (MaGIC).
  • Bimbingan lanjutan kepda Usahawan 1Malaysia yang komited.
  • Sasaran tahunan kerajaan; seramai 5, ooo usahawan muda yang akan di latih.
  • Malaysia sebagai tuan rumah Sidang Kemuncak Perniagaan Sosial Global ke-5 bermula 7 sehingga 9 November 2013.
  • Peruntukan sebanyak RM50 juta dibawah Tabung Usahawan Siswazah bertujuan mengurangkan kadar pengangguran di kalangan siswazah.
  • Skim Usahawan Pasar Malam di wujudkan dengan peruntukan sebanyak RM100 juta di bawah Bank Simpanan Nasional.
  • Peruntukan RM20 juta bagi program Cabaran Perniagaan Luar Bandar
  • Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (SUPERB) dengan dana berjumlah RM30 juta.

Pro: Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Model Pelabur Hartanah Strategik, Ahyat Ishak dalam laporan bercetak Berita Harian (muka surat 12, segmen Nasional) memuji tindakan dan pendekatan yang diambil kerajaan dalam usaha menggalakkan pertumbuhan ekonomi menerusi bidang perniagaan.
Tim Majalah Niaga menyokong usaha kerajaan untuk mendekatkan para graduan dan generasi muda dengan dunia perniagaan dan keusahawanan menerusi kemudahan pinjaman memulakan perniagaan dan sebagainya. Langkah ini sedikit sebanyak dapat menarik minat golongan muda menceburi dunia baru selain bekerja di sektor swasta atau kerajaan.
Usaha ini sebagai membuka mata golongan muda bahawa kerajaan tidak menyisihkan keperluan mendapatkan dana dan pinjaman daripada golongan peniaga dan usahawan terutamanya yang baru atau bercita-cita terjun ke dunia mencabar ini. Kerajaan memahami fasiliti permulaan yang diperlukan oleh golongan graduan khususnya dan peniaga-peniaga baru amnya.
Langkah ini secara tidak langsung cuba membingkaikan semula pemikiran golongan muda tentang peluang pekerjaan bukanlah hanya dengan menghadiri temuduga dari satu oraganisasi ke organisasi yang lain, perniagaan merupakan punca rezeki yang menguntungkan jika segala kemudahan dan pinjaman di manfaatkan sebaik mungkin.
Kontra: Secara kasarnya dilihat peruntukan ini dalam bahasa mudahnya seperti ‘memanjakan’ anak-anak muda terutamanya graduan yang baru mahu berjinak-jinak dengan dunia perniagaan. Ibarat pepatah bahasa Inggeris, “Too much of anything good can make you sick”.
Dalam konteks dunia perniagaan, pepatah ini memberitahu, jika sering mengharapkan bantuan, pinjaman, kemudahan itu dan ini daripada pelbagai pihak, para peniaga dan usahawan baru tidak akan merasai kemanisan bersusah-payah membina perniagaan senidiri.
Lantas menyebabkan perniagaan yang dibangunkan hilang ‘ruh’nya kerana ia begitu mudah di bina dan diperolehi (melalui dana, pinjaman dan kemudahan yang disediakan).
Tim Majalah Niaga berpendapat, yang lebih bermanfaat bukan sekadar dana dan kemudahan pinjaman, lebih daripada itu, pendidikan, kursus, program-program mempersiap para graduan, bakal-bakal usahawan dan usahawan kecil-kecilan dengan ilmu, memberi kesan jangka panjang yang jauh lebih bernilai daripada pinjaman jutaan ringgit yang kelak harus dibayar semula.
Tidak bermaksud sinis mahupun negatif, namun lumrah dunia perniagaan ada jatuh bangunnya. Kita beri andaian dengan melakukan kira-kira mudah.
Pinjaman mudah diperolehi = berniaga sambil lewa/tidak ada semangat dan keyakinan tinggi/bergantung sepenuhnya kepada pemberi pinjaman  = perniagaan rugi/tidak menguntungkan/tidak meneruskan perniagaan = Bagaimana mahu membayar semula pinjaman?
Berbanding dengan menyalurkan ilmu menerusi para peniaga yang telah berjaya, yang telah melalui proses membina perniagaan atau disebut sebagai individu-individu yang melalui ‘first-hand experience’ jauh lebih berfaedah berbanding kemudahan kewangan semata.
Memetik kata-kata Ketua Eksekutif Institut Perhubungan Demokrasi dan Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan, di Wacana Sinar Harian, belia kurang bersetuju dengan pemberian subsidi yang diterapkan dalam kedua-dua bajet yang diketengahkan.
Menurut beliau, ia seperti menggalakkan rakyat untuk meminta-minta kepada kerajaan yang memerintah. Budaya meminta-minta di kalangan rakyat, jika terus dibiar akan menjadi bahaya, selain budaya meminta subsidi perlu selalu dipaparkan oleh media agar rakyat faham mengenainya.

Sektor Hartanah

  • SME bank menyediakan kemudahan pinjaman RM200 juta bagi program pembanguna semula tanah Rezab Melayu di kawasan strategik.
  • Harga minimum tanah yang boleh di beli oleh warga asing dinaikkan daripada RM500 ribu kepada RM1 juta.
Pro: Bagi sektor hartanah, kami merujuk komentar daripada pakar pelaburan hartanah, Cikpuan Rohaniah Noor. Menurut beliau, permintaan hartanah oleh warga asing sebenarnya telah merancakkan dan menaikkan potensi sesebuah lokasi. Permintaan yang tinggi dari warga asing menyebabkan pelabur tempatan turut melabur sama di situ.
Mereka mensasarkan warga asing untuk membeli dari pasaran subsale nanti. Daripada perspektif kemajuan sektor hartanah di sesebuah kawasan pula, ia memberi impak yang positif namun dari perspektif kenaikan harga, ini menjejaskan kemampuan sebilangan warga tempatan membelinya apabila kuasa permintaan menyebabkan harga melonjak tinggi.
Kontra: Saingan dan permintaan untuk hartanah bernilai RM 500,000 ke rm 1 juta daripada warga asing akan terhenti. Permintaan dan pasaran hartanah di Iskandar Malaysia dan Melaka yang menawarkan hartanah pada harga sebegini kepada warga asing akan sedikit terjejas pada tahun 2014. Namun berkemungkinan pemaju akan membina lebih banyak hartanah bernilai rm1 juta ke atas untuk gologan ini.
Di Kuala Lumpur, isu ini memang tidak menjadi masalah kerana sememangnya rumah bertanah dan sesetengah kondominium mewah telah pun bernilai RM 1 juta ke atas. Kesan polisi ini dijangka tidak terlalu ketara kerana langkah ini sudah agak terlewat. Sudah banyak unit hartanah tempatan dibeli oleh warga asing dan kesan kenaikan harga pasaran akibat aktiviti ini sudah sangat ketara.
Begitu juga, kesan ini sangat minimal kerana harga syiling RM 1 juta ini merupakan harga syiling yang senang untuk dijangkau. Kadar RPGT yang dikenakan untuk hartanah yang diperoleh kurang dari 5 tahun pula sama dengan apa yang dikenakan oleh rakyat Malaysia.
Hanya tambahan 5% untuk hartanah yang dilupuskan oleh warga asing dalam tempoh 6 tahun ke atas, tetapi kadar ini terlalu kecil. Bagi warga Singapura misalnya, hartanah RM 1 juta di Malaysia hanyalah sebuah hartanah bernilai SD 400,000 yang masih mampu dimiliki.


2 comments:

  1. Adakah anda berfikir untuk mendapatkan bantuan kewangan, Adakah anda serius memerlukan pinjaman segera, Adakah anda berfikir untuk memulakan perniagaan anda sendiri, anda berada dalam hutang, ini adalah peluang anda untuk mencapai keinginan anda kerana kami menyediakan pinjaman peribadi, pinjaman perniagaan, dan korporat pinjaman, dan semua jenis pinjaman pada kadar faedah sebanyak 2%, kami menjamin semua pelanggan berharga kami bahawa mereka akan mendapat semua pinjaman masing-masing dan menjadi tahun baru dengan senyuman di wajah mereka.
    Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami sekarang melalui e-mel {} gloryloanfirm@gmail.com

    Maklumat peminjam:

    Nama Penuh: _______________
    Negara: __________________
    Seks: ______________________
    Umur: ______________________
    Jumlah Pinjaman Diperlukan: _______
    Tempoh pinjaman: ____________
    Tujuan pinjaman: _____________
    Nombor Telefon Bimbit: ________

    Puan Glory

    ReplyDelete
  2. Amanda Badan Kredit adalah satu-satunya yang benar pemberi pinjaman online karena saya mendapat pinjaman saya dari mereka.
    Saya ingin menggunakan kesempatan ini untuk memperingatkan semua orang di sini untuk berhati-hati dari semua pemberi pinjaman pinjaman yang menimbulkan menjadi nyata. Mereka semua penipuan dan palsu dan niat mereka adalah untuk merobek Anda dari uang Anda sulit diperoleh.
    Setelah saya bertemu dengan persyaratan dan kondisi perusahaan, pinjaman saya disetujui dan saya sangat mengejutkan, itu ditransfer ke rekening bank saya dalam waktu kurang dari 24 jam.
    Anda dapat menghubungi Ibu Amanda melalui emailnya amandarichardssonloanfirm@gmail.com atau amandarichardson686@gmail.com dan Anda juga dapat menghubungi saya di email saya rasheedamuhammad10@gmail.com
    Aku ingin kau menjadi penerima manfaat dari tawaran pinjaman nya.

    ReplyDelete