KENAPA PERLU MEMPELAJARI BIDANG KEUSAHAWANAN
Dengan mempelajari bidang keusahawanan, kita dapat mengetahui tentang:
KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN
1. Teknik dan kemahiran
dalam mencari peluang melalui pemikiran kreatif.
2. Kemahiran mengambil
risiko
3. Kemahiran mencari sumber
dalam perniagaan.
4. Kemahiran komunikasi
dalam perniagaan.
5. Kemahiran membentuk
jaringan.
6. Kemahiran kejurujualan
TEKNIK DAN KEMAHIRAN MENCARI PELUANG
Peluang bermaksud kesempatan yang boleh
dimanafaatkan demi untuk kepentingan diri dan masyarakat. Peluang mesti
direbut jika tidak ia akan luput atau terlepas ketangan orang lain. Perkara
yang menghalang dari sesuatu peluang itu untuk diambil disebut sebagai Kekangan. Tidak
cukup wang , kurang pengetahuan atau tidak mempunyai kelayakan adalah
antara perkara yang menjadi penghalang untuk seseorang mendapat peluang .
Berikut adalah antara
faktor-faktor yang membolehkan seseorang itu melihat peluang :
a. Daya fikiran .
b. Melalui masaalah yang ada .
c. Melalui keperluan manusia.
d. Mengkaji selidik barang
ada.
e. Meneliti permintaan pasaran
f. Meneliti perkembangan
ekonomi dan pembangunan negara.
g . Melalui pergaulan harian.
Sebenarnya kejayaan
seseorang usahawan mempunyai perkaitan yang rapat dengan sejauhmana
kebolehan mereka mencari, mengenal, merebut dan mengujudkan peluang Ini kerana
peluang adalah keuntungan atau pendapatan kepada usahawan. Tetapi ia bukanlah
suatu perkara yang mudah, berbagai bentuk teknik dan kemahiran yang perlu
dikuasai oleh setiap usahawan. Antara bentuk teknik dan kemahiran yang
diperlukan oleh seorang usahawan bagi membolehkannya mempunyai kemampuan
mencari dan merebut peluang ialah kemahiran berfikir iaitukemahiran
berfikir secara kreatif.
KEMAHIRAN BERFIKIR
Pada asasnya terdapat dua
perkara yang boleh dicapai melalui kemahiran berfikir iaitu :
a. a. Berfikir dengan persepsi
yang luas.
b. Berfikir dengan persepsi yang mendalam.
Kedua-dua kemahiran ini dapat dicapai melalui latihan berfikir yang menjurus kepada cara berfikir seperti berikut :
Ambil kira kemungkinan lain.
· Ambil kira semua faktor.
· Ambil kira pandangan orang lain.
· Baik, buruk dan menarik.
· Pastikan perkara yang utama.
· Tujuan dan matlamat.
· Kesan dan akibat
· Mengenal konteks.
·
Membuat fokus.
· Mengenal perbezaan nilai.
· Mengenal perbezaan persepsi.
·
Membuat ramalan.
·
Membuat Hipotesis.
·
Pelbagai sudut pandangan.
·
Mencabar andaian.
CARA MENJANA IDEA KREATIF
Terdapat beberapa teknik
untuk untuk meningkatkan daya kreativiti, antaranya :
a. Brainstorming /
Sumbangsaran
Membincangkan permasaalahan
secara beramai-ramai. Dimana setiap ahli didalam kumpulan dikehendaki
menyumbangkan idea.
b. Forced Analogy / Analogi
Paksaan
Mengumpu maklumat yang
paling menarik dan berguna sekali untuk mendapatkan pandangan baru.atau
alternatif sebagai sebagai penyelesaian .
c. Do It / Lakukan
Dijalankan berdasarkan
beberapa peringkat iaitu menganalisa masaalah, janakan seberapa banyak idea untuk
mendapatkan penyelesaian, mengkaji secara detail untuk memilih idea yang
terbaik dan akhir sekali melaksanakan penyelesaian yang terbaik yang dipilih .
d. Mind Mapping / Pemetaan
minda
Teknik menggunakan
gambar dan/atau frasa perkataan untuk menyusun dan membina pemikiran dalam
bentuk tidak selari. (non-liner). Ia membantu seseorang melihat masaalah dan
penyelesaiannya, menjana barangan baru serta merancang strategi atau membina
proses..
e. Nominal Group / Kumpulan
pada nama.
Memberi idea membincangkannya
untuk mendapatkan penjelasan dan penilaian. Akhirnya undian dibuat secara sulit
keatas idea tersebut mengikut keutamaan.
KEMAHIRAN MENGAMBIL RISIKO
Usahawan tidak boleh
mengambil peluang perniagaan yang ada selagi tidak mengambil kira risiko yang
akan dihadapi. Dalam perniagaan, risiko merupakan kemungkinan berlakunya
kejayaan atau kegagalan. Oleh sebab itu usahawan perlu mengenalpasti risiko
yang bakal dihadapi dengan mengambilkira berapakah peratusan dan kejayaan
dan peratusan kegagalan. Berdasarkan pengiraan ini, usahawan akan membuat
keputusan sama ada akan meneruskan perniagaan tersebut atau tidak.
KEMAHIRAN MENCARI SUMBER DALAM PERNIAGAAN
Seorang bakal usahawan
perlu mempunyai pengetahuan yang baik dan mendalam mengenai perniagaan dan
perlu mengetahui tentang selok-belok perniagaan yang diceburi. Ini sangat
penting bagi membolehkan bakal usahawan mengenanlpasti peluang-peluang baru
untuk mencapai kejayaan dalam perniagaan dan mempunyai
kelebihan persaingan.
Selain pengetahuan,
kemahiran mencari dan mengenalpasti sumber dalam perniagaan juga amat penting.
Ia mempengaruhi kekuatan kewangan dan bukan kewangan yang perlu dimiliki oleh
seseorang usahawan. Ia meliputi beberapa perkara iaitu :
- Bahan mentah
- Pembekal
- Rakan perniagaan
- Sumber teknologi
BAHAN MENTAH
Bekalan bahan mentah akan
membantu memudahkan pengujudan dan perlaksanaan projek. Unuk penyediaan bagi
bekalan bahan mentah , beberapa pertimbangan perlu diambil kira seperti :
· Bekalan mudah diperolehi
khususnya dalam pasaran tempatan atau diimpot pada harga yang
berpatutan .
· Kenaikan harga bahan mentah
dimasa akan datang dan pada harga yang berpatutan .
· Kuantiti, kualiti dan
bekalan yang berterusan .
PEMBEKAL
Selain berperanan
membekalkan barangan dan bahan mentah kepada usahawan, pembekal memberi
pandangan tentang peluang-peluang perniagaan yang boleh diwujudkan berasaskan
barang-barang yang mereka edarkan. Mereka juga mungkin dapat memberi maklumat
tentang kemungkinan untuk menggunakan mesin, peralatan dan bahan
mentah yang dipasarkannya sebagai asas untuk menjalankan suatu perniagaan
baru.
RAKAN PERNIAGAAN
Melalui rakankongsi,
usahawan dapat mempunyai kemahiran dan pengalaman yang berkaitan dalam
menghadapi masaalah kekurangan kecekapan teknikal dan
pengurusan bersatupadu untuk mentadbir perniagaan dengan baik.
SUMBER TEKNOLOGI
Usahawan seharusnya
menggunakan teknik/teknologi yang sedia ada untuk memajukan perniagaannya.
Usahawan juga perlu tahu tahap atau tingkat teknologi yang diperlukan untuk
memajukan perniagaannya .
Teknologi ialah segala
pengetahuan, kemahiran , pengalaman dan peralatan yang berkaitan dengan
kaedah mengeluarkan sesuatu barang dan ianya berubah dari masa
kesemasa mengikut kemajuan dalam penyelidikan yang dijalankan.
Perubahan teknologi
merupakan satu sumber untuk mendapatkan peluang perniagaan. Pengenalan
teknologi baru membolehkan pengeluaran barang-barang dapat dihasilkan pada
tingkat kos yang lebih rendah, ini dengan sendirinya membuka pasaran lebih luas
dan banyak pelabur berpeluang menyertainya .
Pertimbangan yang penting
dari segi pemilihan teknologi ialah, berapa lama teknologi tersebut dapat
digunakan dan tidak berubah terlalu cepat menyebabkan pelaburan yang dibuat
terlalu berisiko tinggi.
KEMAHIRAN
KOMUNIKASI DALAM PERNIAGAAN
Komunikasi penting dalam
perniagaan. Kelemahan dalam komunikasi boleh menjadi sebab kepada Kegagalan
usahawan. Terdapat berbagai cara komunikasi boleh dilaksanakan antaranya :
a. Penyampaian / persembahan
b. Perundingan
c. Surat-surat perniagaan.
PENYAMPAIAN
Penyampaian yang baik dan
berkesan oleh seorang usahawan mampu mempengaruhi keadaan persekitarannya.
Persekitaran usahawan termasuklah individu-individu atau institusi-institusi. Kemahiran
memujuk dan menyakinkan orang lain adalah sebahagian dari aktiviti
penyampaian .
Penyampaian yang baik dan
bijak mampu menyakinkan orang lain terhadap seseorang usahawan itu. Ia mampu :
· menonjolkan diri usahawan untuk menyakini pelanggan agar membeli
barangan atau perkhidmatan yang diniagakan.
· menyakinkan orang lain untuk mendapatkan sumber modal, seperti pinjaman
dan pelaburan ekuiti dan mendapatkankontrak-kontrak perniagaan.
· menonjolkan kemahiran diri sendiri, kemampuan atau lain-lain kualiti
diri dan syarikat.
PERUNDINGAN
Perundingan adalah
sebahagian daripada bentuk komunikasi yang berperanan untuk mencapai
persetujuan apabila wujudnya matlamat yang bercanggah. Ia merupakan sebahagian
daripada antara aspek penting dalam pengurusan. Perundingan seringkali berlaku
apabila wujudnya konflik antara individu, kumpulan mahupun organisasi.
Perundingan adalah proses
membuat keputusan (decision making) yang memberi peluang kepada kedua
belah pihak untuk bertukar komitmen atau janji untuk menyelesaikan perselisihan
faham dan mencapai persetujuan atau penyelesaian bersama.
SURAT-SURAT PERNIAGAAN
Surat rasmi yang dihantar
kepada pihak-pihak yang berkaitan untuk tujuan urusan perniagaan. Antara
jenis-jenis surat perniagaan ialah:
a. Surat menyurat dengan
pihak bank.
Contoh :
· Surat memohon pinjaman, membuka akaun semasa atau surat arahan untuk
memberhentikan bayaran cek.
· Surat kepada pihak bank untuk membuka akaun semasa syarikat
b. Surat menyurat dengan
pihak Insuran
Contoh : Surat berkaitan
tuntutan polici kecurian .
c. Surat kepada pemborong
Contoh : Surat memohon
pembekalan secara kredit, kelewatandalam urusan pembekalan dan pesanan barang.
d. Sebutharga dan
Pentaksiran
Contoh : Surat anggaran kos
bagi kerja-kerja kontrak.
e. Surat-surat pekeliling
dan surat-surat notis.
Contoh :
· Surat berkaitan pemilik baru perniagaan
· Surat pemberitahuan kepada pelanggan
· Surat memperkenalkan wakil syarikat kepada bakal pelanggan .
KEMAHIRAN DALAM MEMBENTUK JARINGAN
Perniagaan dibentuk dan
diasaskan oleh individu atau manusia. Seseorang manusia itu akan berasa seronok
jika dia dapat bekerja dengan individu yang dikenali dan dipercayai.
Pakar-pakar didalam bidang perniagaan yang memahami akan pentingnya mempunyai
jaringan yang baik dan mantap biasanya akan lebih berjaya dalam mendapatkan
sokongan dan kerjasama dari kitaran jaringan.
Pekerja syarikat, anggota
keluarga dan sahabat handai serta semua pihak yang berkepentingan dengan
perniagaan yang dijalankan adalah sebahagian daripada apa yang dimaksudkan
dengan kitaran jaringan.
Jaringan adalah pembentukan
hubungan interaksi. Setiap dari kita sebenarnya mewakili satu sumber yang
bernilai dengan kepakaran-kepakaran yang tersendiri yang boleh dikongsi. Lebih
banyak hubungan interaksi dapat diujudkan lebih banyak pengetahuan dapat
diperolehi demi kejayaan sesebuah perniagaan.
Oleh itu bertindaklah untuk
membina jaringan yang dapat memberi faedah kepada organisasi perniagaan dalam
setiap perbualan dari setiap perhubungan .
KEPENTINGAN JARINGAN
a. Membina keyakinan.
Jaringan yang baik dapat
membantu usahawan memperolehi maklumat sebelum membuat sebarang pelaburan. Ia
memberi keyakinan dan dapat mengurangkan risiko kerugian, persaingan serta
produk yang tidak dapat menembusi pasaran.
b. Mengurangkan birokrasi.
Birokrasi kadang-kadang
melambatkan proses atau sesuatu urusan. Jaringan boleh membantu dalam
perkara-perkara seperti berikut:
- Mempercepatkan proses permohonan
- Menjimatkan masa, kewangan dan sumber-sumber lain.
- Menghalang usahawan daripada mengulangi kesilapan.
c. Menambah maklumat.
Banyak maklumat boleh
diperolehi dari dalam linkungan jaringan itu sendiri seperti siapa yang
diperlukan untuk memajukan perniagaan.
d. Membentuk kepercayaan.
Jaringan membantu membentuk
kepercayaan kerana banyak maklumat dapat disalurkan. Dengannya seseorang atau
sesebuah organisasi akan bersedia memberi keutamaan keatas satu-satu produk dan
memberikan motivasi kepada usahawan untuk mempromosikan barangan atau
perkhidmatan usahawan melalui mulut ke mulut.
e. Mewujudkan situasi pergantungan.
Kita sebenarnya hidup
saling bergantung antara satu sama lain. Jaringan perlu untuk mengujudkan
situasi ini terutamanya dalam perniagaan.
f. Sumber kreativiti.
Melalui jaringan banyak
idea baru dapat diperolehi bagi mencipta produk atau perkhidmatan baru. Ia juga
membantu memberi idea yang lebih kreatif dalam mengeluarkan dan memasarkan
barangan.
· Amb
· Ambil
Perkongsian yang sangat menarik! Memahami asas bidang perniagaan memang penting, bukan sahaja untuk usahawan tetapi juga untuk mereka yang ingin menguasai strategi pemasaran dan pengurusan kewangan. Artikel seperti ini sangat membantu dalam memberi kesedaran tentang kepentingan ilmu perniagaan untuk masa depan. Terima kasih atas info yang bermanfaat!
ReplyDelete