English Songs

Thursday, 9 October 2014

Kenapa Perlu Mempelajari Bidang Keusahawanan


KENAPA PERLU MEMPELAJARI BIDANG KEUSAHAWANAN

Dengan mempelajari bidang keusahawanan, kita dapat mengetahui tentang:

KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN

1. Teknik dan kemahiran dalam mencari peluang melalui pemikiran kreatif.
2. Kemahiran mengambil risiko
3. Kemahiran mencari sumber dalam perniagaan.
4. Kemahiran komunikasi dalam perniagaan.
5. Kemahiran membentuk jaringan.
6. Kemahiran kejurujualan



         TEKNIK DAN KEMAHIRAN MENCARI PELUANG

Peluang bermaksud kesempatan yang boleh dimanafaatkan demi untuk kepentingan diri dan masyarakat. Peluang mesti direbut jika tidak ia akan luput atau terlepas ketangan orang lain. Perkara yang menghalang dari sesuatu peluang itu untuk diambil disebut sebagai Kekangan. Tidak cukup wang , kurang pengetahuan atau tidak mempunyai kelayakan adalah antara perkara yang menjadi penghalang untuk seseorang mendapat peluang .
Berikut adalah antara faktor-faktor yang membolehkan seseorang itu melihat peluang :
a.   Daya fikiran .
b.   Melalui masaalah yang ada .
c.   Melalui keperluan manusia.
d.   Mengkaji selidik barang ada.
e.   Meneliti permintaan pasaran
f.       Meneliti perkembangan ekonomi dan pembangunan negara.
g .  Melalui pergaulan harian.

Sebenarnya kejayaan seseorang usahawan mempunyai perkaitan yang rapat dengan sejauhmana kebolehan mereka mencari, mengenal, merebut dan mengujudkan peluang Ini kerana peluang adalah keuntungan atau pendapatan kepada usahawan. Tetapi ia bukanlah suatu perkara yang mudah, berbagai bentuk teknik dan kemahiran yang perlu dikuasai oleh setiap usahawan. Antara bentuk teknik dan kemahiran yang diperlukan oleh seorang usahawan bagi membolehkannya mempunyai kemampuan mencari dan merebut peluang ialah kemahiran berfikir iaitukemahiran berfikir secara kreatif.

          
KEMAHIRAN BERFIKIR
Pada asasnya terdapat dua perkara yang boleh dicapai melalui kemahiran berfikir iaitu :
a.   a.  Berfikir dengan persepsi yang luas.

b. Berfikir dengan persepsi yang mendalam.
   Kedua-dua kemahiran ini dapat dicapai melalui latihan berfikir yang menjurus kepada cara        berfikir seperti berikut :

 Ambil kira kemungkinan lain.
·                            Ambil kira semua faktor.
·                            Ambil kira pandangan orang lain.
·                            Baik, buruk dan menarik.
·                             Pastikan perkara yang utama.
·                            Tujuan dan matlamat.
·                             Kesan dan akibat
·                  Mengenal konteks.
·                              Membuat fokus.
·                  Mengenal perbezaan nilai.
·                              Mengenal perbezaan persepsi.
·                              Membuat ramalan.
·                              Membuat Hipotesis.
·                              Pelbagai sudut pandangan.
·                              Mencabar andaian.


CARA MENJANA IDEA KREATIF

Terdapat beberapa teknik untuk untuk meningkatkan daya kreativiti, antaranya :
      a. Brainstorming / Sumbangsaran
Membincangkan permasaalahan secara beramai-ramai. Dimana setiap ahli didalam kumpulan dikehendaki menyumbangkan idea.
      b. Forced Analogy / Analogi Paksaan
Mengumpu maklumat yang paling menarik dan berguna sekali untuk mendapatkan pandangan baru.atau alternatif sebagai sebagai penyelesaian .
      c. Do It / Lakukan
Dijalankan berdasarkan beberapa peringkat iaitu menganalisa masaalah, janakan seberapa banyak idea untuk mendapatkan penyelesaian, mengkaji secara detail untuk memilih idea yang terbaik dan akhir sekali melaksanakan penyelesaian yang terbaik yang dipilih .
      d. Mind Mapping / Pemetaan minda
Teknik menggunakan gambar dan/atau frasa perkataan untuk menyusun dan membina pemikiran dalam bentuk tidak selari. (non-liner). Ia membantu seseorang melihat masaalah dan penyelesaiannya, menjana barangan baru serta merancang strategi atau membina proses..
e. Nominal Group / Kumpulan pada nama.
Memberi idea membincangkannya untuk mendapatkan penjelasan dan penilaian. Akhirnya undian dibuat secara sulit keatas idea tersebut mengikut keutamaan.


          KEMAHIRAN MENGAMBIL RISIKO

Usahawan tidak boleh mengambil peluang perniagaan yang ada selagi tidak mengambil kira risiko yang akan dihadapi. Dalam perniagaan, risiko merupakan kemungkinan berlakunya kejayaan atau kegagalan. Oleh sebab itu usahawan perlu mengenalpasti risiko yang bakal dihadapi dengan mengambilkira berapakah peratusan dan kejayaan dan peratusan kegagalan. Berdasarkan pengiraan ini, usahawan akan membuat keputusan sama ada akan meneruskan perniagaan tersebut atau tidak.


          KEMAHIRAN MENCARI SUMBER DALAM PERNIAGAAN
Seorang bakal usahawan perlu mempunyai pengetahuan yang baik dan mendalam mengenai perniagaan dan perlu mengetahui tentang selok-belok perniagaan yang diceburi. Ini sangat penting bagi membolehkan bakal usahawan mengenanlpasti peluang-peluang baru untuk mencapai kejayaan dalam perniagaan dan mempunyai kelebihan persaingan.
Selain pengetahuan, kemahiran mencari dan mengenalpasti sumber dalam perniagaan juga amat penting. Ia mempengaruhi kekuatan kewangan dan bukan kewangan yang perlu dimiliki oleh seseorang usahawan. Ia meliputi beberapa perkara iaitu :
    1. Bahan mentah
    2. Pembekal
    3. Rakan perniagaan
    4. Sumber teknologi
            BAHAN MENTAH
Bekalan bahan mentah akan membantu memudahkan pengujudan dan perlaksanaan projek. Unuk penyediaan bagi bekalan bahan mentah , beberapa pertimbangan perlu diambil kira seperti :
     · Bekalan mudah diperolehi khususnya dalam pasaran tempatan atau diimpot pada harga yang berpatutan .
     · Kenaikan harga bahan mentah dimasa akan datang dan pada harga yang berpatutan .
     · Kuantiti, kualiti dan bekalan yang berterusan .
            PEMBEKAL
Selain berperanan membekalkan barangan dan bahan mentah kepada usahawan, pembekal memberi pandangan tentang peluang-peluang perniagaan yang boleh diwujudkan berasaskan barang-barang yang mereka edarkan. Mereka juga mungkin dapat memberi maklumat tentang kemungkinan untuk menggunakan mesin, peralatan dan bahan mentah yang dipasarkannya sebagai asas untuk menjalankan suatu perniagaan baru.

            RAKAN PERNIAGAAN
Melalui rakankongsi, usahawan dapat mempunyai kemahiran dan pengalaman yang berkaitan dalam menghadapi masaalah kekurangan kecekapan teknikal dan pengurusan bersatupadu untuk mentadbir perniagaan dengan baik.

           SUMBER TEKNOLOGI

Usahawan seharusnya menggunakan teknik/teknologi yang sedia ada untuk memajukan perniagaannya. Usahawan juga perlu tahu tahap atau tingkat teknologi yang diperlukan untuk memajukan perniagaannya .
Teknologi ialah segala pengetahuan, kemahiran , pengalaman dan peralatan yang berkaitan dengan kaedah mengeluarkan sesuatu barang dan ianya berubah dari masa kesemasa mengikut kemajuan dalam penyelidikan yang dijalankan.
Perubahan teknologi merupakan satu sumber untuk mendapatkan peluang perniagaan. Pengenalan teknologi baru membolehkan pengeluaran barang-barang dapat dihasilkan pada tingkat kos yang lebih rendah, ini dengan sendirinya membuka pasaran lebih luas dan banyak pelabur berpeluang menyertainya .
Pertimbangan yang penting dari segi pemilihan teknologi ialah, berapa lama teknologi tersebut dapat digunakan dan tidak berubah terlalu cepat menyebabkan pelaburan yang dibuat terlalu berisiko tinggi.

          KEMAHIRAN KOMUNIKASI DALAM PERNIAGAAN

Komunikasi penting dalam perniagaan. Kelemahan dalam komunikasi boleh menjadi sebab kepada Kegagalan usahawan. Terdapat berbagai cara komunikasi boleh dilaksanakan antaranya :
      a. Penyampaian / persembahan
      b. Perundingan
      c. Surat-surat perniagaan.

         PENYAMPAIAN

Penyampaian yang baik dan berkesan oleh seorang usahawan mampu mempengaruhi keadaan persekitarannya. Persekitaran usahawan termasuklah individu-individu atau institusi-institusi. Kemahiran memujuk dan menyakinkan orang lain adalah sebahagian dari aktiviti penyampaian .
Penyampaian yang baik dan bijak mampu menyakinkan orang lain terhadap seseorang usahawan itu. Ia mampu :
      · menonjolkan diri usahawan untuk menyakini pelanggan agar membeli barangan atau perkhidmatan yang diniagakan.
      · menyakinkan orang lain untuk mendapatkan sumber modal, seperti pinjaman dan pelaburan ekuiti dan mendapatkankontrak-kontrak perniagaan.
      · menonjolkan kemahiran diri sendiri, kemampuan atau lain-lain kualiti diri dan syarikat.

            


PERUNDINGAN

Perundingan adalah sebahagian daripada bentuk komunikasi yang berperanan untuk mencapai persetujuan apabila wujudnya matlamat yang bercanggah. Ia merupakan sebahagian daripada antara aspek penting dalam pengurusan. Perundingan seringkali berlaku apabila wujudnya konflik antara individu, kumpulan mahupun organisasi.
Perundingan adalah proses membuat keputusan (decision making) yang memberi peluang kepada kedua belah pihak untuk bertukar komitmen atau janji untuk menyelesaikan perselisihan faham dan mencapai persetujuan atau penyelesaian bersama.

            SURAT-SURAT PERNIAGAAN

Surat rasmi yang dihantar kepada pihak-pihak yang berkaitan untuk tujuan urusan perniagaan. Antara jenis-jenis surat perniagaan ialah:
a. Surat menyurat dengan pihak bank.
Contoh :
      · Surat memohon pinjaman, membuka akaun semasa atau surat arahan untuk memberhentikan bayaran cek.
      · Surat kepada pihak bank untuk membuka akaun semasa syarikat
b. Surat menyurat dengan pihak Insuran
Contoh : Surat berkaitan tuntutan polici kecurian .
c. Surat kepada pemborong
Contoh : Surat memohon pembekalan secara kredit, kelewatandalam urusan pembekalan dan pesanan barang.
d. Sebutharga dan Pentaksiran
Contoh : Surat anggaran kos bagi kerja-kerja kontrak.
e. Surat-surat pekeliling dan surat-surat notis.
Contoh :
      · Surat berkaitan pemilik baru perniagaan
      · Surat pemberitahuan kepada pelanggan
      · Surat memperkenalkan wakil syarikat kepada bakal pelanggan .

          KEMAHIRAN DALAM MEMBENTUK JARINGAN

Perniagaan dibentuk dan diasaskan oleh individu atau manusia. Seseorang manusia itu akan berasa seronok jika dia dapat bekerja dengan individu yang dikenali dan dipercayai. Pakar-pakar didalam bidang perniagaan yang memahami akan pentingnya mempunyai jaringan yang baik dan mantap biasanya akan lebih berjaya dalam mendapatkan sokongan dan kerjasama dari kitaran jaringan.
Pekerja syarikat, anggota keluarga dan sahabat handai serta semua pihak yang berkepentingan dengan perniagaan yang dijalankan adalah sebahagian daripada apa yang dimaksudkan dengan kitaran jaringan.
Jaringan adalah pembentukan hubungan interaksi. Setiap dari kita sebenarnya mewakili satu sumber yang bernilai dengan kepakaran-kepakaran yang tersendiri yang boleh dikongsi. Lebih banyak hubungan interaksi dapat diujudkan lebih banyak pengetahuan dapat diperolehi demi kejayaan sesebuah perniagaan.
Oleh itu bertindaklah untuk membina jaringan yang dapat memberi faedah kepada organisasi perniagaan dalam setiap perbualan dari setiap perhubungan .

           
              KEPENTINGAN JARINGAN

      a. Membina keyakinan.
Jaringan yang baik dapat membantu usahawan memperolehi maklumat sebelum membuat sebarang pelaburan. Ia memberi keyakinan dan dapat mengurangkan risiko kerugian, persaingan serta produk yang tidak dapat menembusi pasaran.

      b. Mengurangkan birokrasi.

Birokrasi kadang-kadang melambatkan proses atau sesuatu urusan. Jaringan boleh membantu dalam perkara-perkara seperti berikut:
     - Mempercepatkan proses permohonan
     - Menjimatkan masa, kewangan dan sumber-sumber lain.
     - Menghalang usahawan daripada mengulangi kesilapan.

      c. Menambah maklumat.

Banyak maklumat boleh diperolehi dari dalam linkungan jaringan itu sendiri seperti siapa yang diperlukan untuk memajukan perniagaan.

      d. Membentuk kepercayaan.

Jaringan membantu membentuk kepercayaan kerana banyak maklumat dapat disalurkan. Dengannya seseorang atau sesebuah organisasi akan bersedia memberi keutamaan keatas satu-satu produk dan memberikan motivasi kepada usahawan untuk mempromosikan barangan atau perkhidmatan usahawan melalui mulut ke mulut.

      e. Mewujudkan situasi pergantungan.

Kita sebenarnya hidup saling bergantung antara satu sama lain. Jaringan perlu untuk mengujudkan situasi ini terutamanya dalam perniagaan.

      f. Sumber kreativiti.

Melalui jaringan banyak idea baru dapat diperolehi bagi mencipta produk atau perkhidmatan baru. Ia juga membantu memberi idea yang lebih kreatif dalam mengeluarkan dan memasarkan barangan.



· Amb
· Ambil 

1 comment:

  1. Perkongsian yang sangat menarik! Memahami asas bidang perniagaan memang penting, bukan sahaja untuk usahawan tetapi juga untuk mereka yang ingin menguasai strategi pemasaran dan pengurusan kewangan. Artikel seperti ini sangat membantu dalam memberi kesedaran tentang kepentingan ilmu perniagaan untuk masa depan. Terima kasih atas info yang bermanfaat!

    ReplyDelete