KEPENTINGAN BIDANG KEUSAHAWANAN
Bidang keusahawanan merupakan bidang yang sangat penting pada masa kini. Bidang keusahawanan ini dipilih kerana menyediakan peluang pekerjaan yang luas selain usahawan itu sendiri dapat menjana idea-idea yang kreatif. Idea-idea ini sangat berguna pada generasi masa kini kerana memperoleh pelbagai manfaat dan teknologi yang semakin canggih. Ada banyak kepentingan bidang keusahawanan ini kepada diri sendiri, agama, bangsa dan negara.
Meningkatkan Pendapatan Negara
Golongan usahawan adalah sangat penting kepada sesebuah negara. Hal ini kerana golongan ini yang akan membangunkan sesebuah negara menjadi negara yang semakin maju. Sumber ekonomi dan pendapatan negara juga banyak dibantu oleh golongan usahawan kerana merekalah yang akan mengerakkan pembangunan ekonomi sesebuah negara.
Bidang keusahawanan sangat luas sebenarnya. Bidang ini tidak hanya tertumpu dalam sesebuah negara, malah seseorang usahawan itu boleh meluaskan perniagaanya sehingga peringkat antarabangsa.
Apabila perniagaan semakin maju, sudah tentu perniagaannya dapat menarik pelabur asing untuk melabur ke dalam perniagaan. Sudah tentu ia dapat meningkatkan pengaliran pendapatan ke dalam negara kita.
Menawarkan bidang pekerjaan kepada penduduk sesebuah negara. Bidang keusahawan ini banyak menyediakan peluang pekerjaan dan mengelakkan dari berlakunya penganguran yang akan merugikan sesebuah negara itu.
Selain itu, taraf hidup rakyat akan meningkat kerana dapat menampung diri dengan kos sara hidup yang kian meningkat. Seterusnya, pendapatan negara juga akan meningkat di sebabkan taraf hidup masyarakat yang tinggi.
Meningkatkan Imej Negara
Usahawan akan menghasilkan pelbagai jenis barangan, bukan hanya untuk di pasarkan dalam negara sahaja tetapi juga di luar negara.
Penduduk luar negara akan membeli produk keluaran Malaysia. Dengan menghasilkan barangan yang berkualiti membolehkan kita bersaing dengan negara maju yang lain. Hal ini dapat maeningkatkan imej negara kita di mata dunia.
No comments:
Post a Comment